Pesanan Pada Waris

  1. Kemaskini semua maklumat dibawah.
  2. Cetak Dokumen Pesanan pada Waris dan simpan di tempat yang selamat.
  3. Beritahu waris terdekat untuk membuka dokumen tersebut apabila anda meninggal dunia.
  4. InsyaAllah dengan adanya dokumen tersebut akan memudahkan urusan waris untuk urusan jenazah dan pengurusan harta pusaka.
  • Senarai Orang yang perlu dihubungi
  • Pengurusan Jenazah
  • Khairat
  • Senarai Waris
  • Harta Tidak Alih
  • Harta Alih
  • Hutang
  • Penghutang
  • Polisi Takaful/Insurans
  • Muat Turun Dokumen Pesanan

Soalan Lazim

Dokumen Pesanan pada Waris ini sangat berguna dan akan memudahkan urusan waris anda.

Mungkin anda rasa ianya remeh dan mengambil masa, tetapi bayangkan, dalam kesedihan apabila anda meninggal dunia, keluarga anda terpaksa mencari maklumat dan dokumen yang diperlukan.

Antara sebab kenapa Urus Pusaka tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan cepat adalah kerana ketiadaan maklumat dan dokumen yang lengkap.

Sediakan Dokumen Pesanan pada Waris anda SEKARANG

Anda hanya perlu daftar sebagai Ahli (PERCUMA) untuk mula kemaskini semua maklumat yang diperlukan.

Untuk muat-turun Dokumen Pesanan pada Waris, anda perlu langgan Pakej Premium kami (RM80 sahaja)

Kami sediakan ruang untuk pewasiat senaraikan orang-orang yang boleh Waris hubungi untuk menghebahkan tentang Kematian. Sila semak dari senarai berikut untuk perrtimbangan.

⦁ HR/Pejabat
⦁ Bahagian Pencen KWAP (bukan segera)
⦁ Keluarga sebelah bapa
⦁ Keluarga sebelah ibu
⦁ Keluarga sebelah suami/isteri
⦁ Kawan sekolah
⦁ Kawan universiti
⦁ Jiran kawasan perumahan terdahulu

Anda boleh membuat perancangan untuk pengurusan jenazah bagi memudahkan urusan waris. 

Anda boleh menyertai Skim Khairat Kematian di masjid berdekatan atau melalui syarikat pengurusan jenazah.

Skim Khairat adalah satu tabungan yang biasanya dibuat untuk membantu keluarga berkenaan pengurusan pengebumian. Terdapat pelbagai organisasi yang menawarkan Skim Khairat sebagai satu kemudahan kepada ahli atau pelanggan. Ini dapat membantu Waris mendapatkan wang segera selepas kematian.
Kami sarankan pewasiat untuk menyenaraikan skim-skim yang dicarum agar dapat dimanfaatkan oleh Waris. Sila semak dari senarai berikut :-
⦁ Khairah Masjid
⦁ Tabung Haji
⦁ PERKESO
⦁ KWSP
⦁ Khairat Pusat Pungutan Zakat
⦁ Bantuan Mengurus Jenazah JPA
⦁ BANK RAKYAT
⦁ MAYBANK
⦁ ASNB
⦁ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
⦁ SKIM TAKAFUL
⦁ PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
⦁ PENCEN (Kakitangan Awam)
⦁ Pemegang Kad Kredit Islamic
⦁ Khairat Kematian Selangor
⦁ Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak

Waris yang sah mengikut syariah boleh dikenalpasti menggunakan Kalkulator Faraid kami. Anda boleh gunakan di pautan berikut: https://masjidnetwork.my/faraid/

Harta-harta tidak alih pada umumnya adalah harta-harta dari kategori hartanah. Lazimnya ia mempunyai Geran yang perlu diuruskan melalui pejabat tanah. Ini termasuk
⦁ Tanah
⦁ Rumah
⦁ Apartment

Harta Alih boleh didapati daripada beberapa sumber. Sila semak dari sumber-sumber berikut:
⦁ Akaun-akaun bank
⦁ ASB
⦁ Tabung Haji
⦁ KWSP
⦁ Unit Trust
⦁ Takaful
⦁ Emas dan perak (Barang kemas)
⦁ Wang tunai
⦁ Saham (yang ikut syariah)
⦁ Kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, kapalterbang, bot)
⦁ Barang-barang lain yang berharga atau bernilai sentimental (jersi Manchester United misalnya)

Dalam kehidupan moden, kita semua tidak lepas dari hutang. Secara umumnya hutang terbahagi kepada dua: hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah.

Hutang kepada Allah termasuk
⦁ Badal haji
⦁ Fidyah

Untuk hutang kepada manusia, Sila semak dari senarai di sini.
⦁ Pinjaman bank
⦁ Pinjaman kenderaan
⦁ Kad kredit
⦁ Pinjaman dari saudara/rakan
⦁ Pinjaman tertunggak (misalnya kontrak telefon)
⦁ Bil-bil (misalnya telefon)

Sila senaraikan penghutang yang berhutang dengan anda. Nyatakan dengan jelas maklumat-maklumat hutang supaya Waris dapat menjalankan tanggungjawab untuk menuntut hutang dengan mudah.

Senarai ini akan dapat membantu Wasi/Waris mengurus dengan pihak insuran/takuful untuk dapatkan pampasan. Sila semak dari senarai berikut:
• Life insurance
• Health Insurance
• Education insurance
• Travel Insurance