Sediakan Wasiat anda dengan Mudah dan Cepat.

  • Maklumat Pewasiat
  • Lantik Wasi
  • Lantik Penjaga Harta
  • Wasiat Kepada Bukan Waris
  • Muat Turun Surat Wasiat

Soalan Lazim

Wasiat adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.

  • Mematuhi Ajaran Islam:
    Setiap Muslim patut memastikan harta benda mereka dibahagikan mengikut syarak.
  • Menghindari Pertikaian:
    Dengan menulis Wasiat, anda mengelakkan kemungkinan pertikaian di kalangan ahli waris selepas kematian anda.
  • Melindungi Ahli Waris:
    Wasiat memastikan harta benda anda disalurkan secara adil kepada ahli waris anda.
  • Mudah dan Selamat:
    Sistem kami menyediakan platform atas talian yang mudah digunakan untuk menulis Wasiat anda dengan selamat.
  • Panduan Langkah-demi-Langkah:
    Kami menyediakan panduan langkah-demi-langkah untuk membantu anda melalui proses penulisan Wassiyah.
  • Maklumat dan Sokongan:
    Kami menyediakan maklumat serta sokongan untuk menjawab sebarang pertanyaan atau kekeliruan yang anda mungkin ada.
  • Patuh Syariah 
    Kami memastikan pematuhan kepada prinsip Islam dalam penulisan Wasiat.
  • Pengalaman Profesional
    Kami mempunyai pengalaman dalam membantu individu menulis Wasiat dengan betul dan berkesan.
  • Kemudahan Akses
    Dengan platform atas talian kami, anda boleh mengakses sistem Wasiat kami dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  • Pembahagian Harta Menurut Undang-Undang: Jika seseorang meninggal tanpa Wasiat, harta benda mereka akan dibahagikan mengikut undang-undang waris Islam, yang mungkin tidak selaras dengan kehendak atau nilai-nilai individu.
  • Potensi Pertikaian Keluarga:
    Tanpa arahan jelas melalui Wasiat, kemungkinan pertikaian di kalangan ahli waris mengenai pembahagian harta benda adalah lebih tinggi.
  • Ketidakpastian Kehalalan Pembahagian:
    Pembahagian harta benda tanpa Wasiat mungkin tidak mematuhi prinsip Islam secara sempurna, yang boleh menimbulkan keraguan tentang kehalalan harta benda yang diterima oleh ahli waris.
  • Pembiayaan dan Pemprosesan Harta Benda:
    Proses pembiayaan dan pemprosesan harta benda tanpa Wasiat mungkin menjadi lebih rumit dan memakan masa, serta mungkin melibatkan kos tambahan.
  • Ketidakpastian Masa Depan Keluarga:
    Tanpa Wasiat, keluarga yang ditinggalkan mungkin menghadapi ketidakpastian dan keperluan kewangan yang tidak dijangka.

Dengan menulis Wassiyah, anda dapat mengelakkan keadaan ini dan memastikan harta benda anda dibahagikan dengan adil dan mengikut ajaran Islam, serta mengurangkan kemungkinan pertikaian di kalangan ahli waris selepas kematian anda. Jangan tunggu lagi, buat Wasiat anda hari ini dengan MasjidNetwork!

Mulakan proses penulisan Wasiat anda hari ini untuk melindungi harta benda anda dan memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga anda. Daftar dan gunakan sistem Wasiat kami sekarang!

  • Pewasiat;
  • Penerima wasiat (benefisiari);
  • Harta yang diwasiat; dan
  • Sighah (lafaz wasiat).
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Sempurna akal;
  • Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.
  • Diketahui dengan jelas;
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.
  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.

Peringkat awal Islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

Yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)

Walau bagaimanapun, kewajipan ini telah dimansuhkan dengan Surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176 dan hadis-hadis yang berkaitan dengan harta pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain waris.

Ia sebagaimana hadis daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ قد أعطى كلَّ ذي حقٍّ حقَّهُ؛ فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris.” (Riwayat Abu Daud)

Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit: 

يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

Yang bermaksud: “Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?” Jawab baginda: “tidak”, aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

Satu pertiga dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan hutang pewasiat. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid.

Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia.

Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .

Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ

Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat.