Pewarisan Sdn Bhd

Syarikat FinTech Inovatif Islam

Pewarisan Sdn Bhd, sebuah syarikat fintech bertaraf Malaysia Digital (MD Status), komited dalam menyediakan penyelesaian dalam talian yang inovatif.

Kami berbangga memperkenalkan peralatan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) bagi Penyelesaian Perancangan Islamik dan Konvensional, yang boleh disesuaikan sepenuhnya dengan penjenamaan organisasi anda. Ia direka untuk memperkasakan pekerja, ahli, pelanggan dan orang awam dengan keupayaan Perancangan Kehidupan dan Pewarisan yang canggih serta mesra pengguna.

Pewarisan Sdn Bhd

Pewarisan Sdn Bhd (202001033735(1390056-P))merupakan sebuah syarikat Fintech yang menyediakan penyelesaian patuh Syariah. Kami memulakan operasi dengan pembangunan Penyelesaian Perancangan Pewarisan Islam.

Setelah memberi impak positif dalam industri pewarisan, kami kini melangkah lebih jauh dengan membangunkan Masjid4All.com sebagai satu penyelesaian inovatif untuk manfaat komuniti.

Visi

  • Memberikan panduan dalam memelihara harta pusaka serta memastikan pengagihan yang lancar untuk generasi akan datang.
  • Mempermudah proses pengagihan harta dan pewarisan bagi individu dan keluarga secara cepat dan berkesan.

Misi

  • Memudah cara proses perancangan, pengurusan dan pengagihan harta melalui sistem yang selamat dan mesra pengguna.
  • Mempermudahkan proses yang kompleks, menggalakkan perbincangan terbuka, serta bekerjasama dengan pakar bagi menyediakan penyelesaian yang menyeluruh kepada pelanggan.