URUS PUSAKA

📱
Kata laluan sementara akan dihantar ke WhatsApp anda selepas borang ini dihantar. Sila pastikan nombor telefon yang diberikan adalah nombor WhatsApp yang aktif.

Sedang memproses...
Maklumat Si Mati
Maklumat Pemohon
Guna nombor WhatsApp untuk terima kata laluan sementara
Maklumat Harta

Selepas hantar, anda akan terus log masuk ke sistem

Soalan Lazim Urus Pusaka

Pusaka atau faraid merujuk kepada pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum syarak. Sistem faraid telah ditetapkan dalam Al-Quran (Surah An-Nisa) dan wajib dipatuhi oleh setiap Muslim. Pembahagian ini mengambil kira hubungan kekeluargaan, jantina, dan kedudukan waris terhadap si mati.

Pusaka (Faraid): Pembahagian wajib selepas kematian mengikut hukum syarak. Tertakluk kepada kadar tetap dan hanya waris tertentu layak.

Hibah: Pemberian harta semasa hidup secara sukarela. Tidak tertakluk kepada had 1/3 dan tidak perlu persetujuan waris.

Wasiat: Pesanan harta berkuat kuasa selepas kematian. Had maksimum 1/3 harta, perlu persetujuan waris lain jika melebihi.

Waris ashabul furudh (kadar tetap): Suami/isteri, ibu, bapa, anak perempuan, cucu perempuan, saudara kandung perempuan.

Waris asabah (baki): Anak lelaki, cucu lelaki, bapa, saudara lelaki.

Kadar setiap waris bergantung kepada kehadiran waris lain. Contoh: isteri dapat 1/8 jika ada anak, atau 1/4 jika tiada anak.

Gunakan modul Kalkulator kami secara percuma di https://pewarisan.my/faraid

Tanpa pengurusan pusaka yang betul:

✅ Harta beku & tak boleh diakses waris bertahun-tahun
✅ Boleh menyebabkan pertelingkahan keluarga
✅ Proses mahkamah yang rumit & mahal
✅ Waris mungkin tidak terima hak mengikut syarak

Dengan perancangan awal, proses lebih cepat, teratur & patuh syariah.

1. Dapatkan Sijil Kematian
2. Kumpul maklumat & dokumen harta
3. Kenal pasti waris berhak
4. Mohon perintah pembahagian (PPK/Amanah Raya/Mahkamah)
5. Pembahagian harta kepada waris

Tempoh bergantung kepada kerumitan kes.

Pusaka Kecil: Harta < RM5 juta. Urusan di Pejabat Pusaka Kecil (PPK). Proses lebih cepat.

Pusaka Besar: Harta > RM5 juta atau melibatkan wasiat/pertikaian. Urusan di Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Perlukan peguam.

Ya, wajib. Urutan pembahagian:

1. Kos pengurusan jenazah
2. Hutang si mati (termasuk zakat & nazar)
3. Wasiat (maks 1/3)
4. Faraid (baki kepada waris)

Hutang mesti dijelaskan sebelum harta dibahagi.

✅ Sijil Kematian
✅ Kad Pengenalan si mati & waris
✅ Surat beranak waris
✅ Geran tanah/hak milik
✅ Penyata bank, sijil saham
✅ Geran kenderaan
✅ Surat wasiat (jika ada)
✅ Sijil perkahwinan
✅ Dokumen perniagaan

Menurut faraid, anak angkat TIDAK berhak sebagai waris nasab. Alternatif:

✅ Hibah — pemberian semasa hidup
✅ Wasiat — maks 1/3 harta
✅ Hadiah

Perancangan awal penting untuk manfaat anak angkat tanpa melanggar hukum faraid.

Kos urusan Pusaka bergantung kepada kompleksiti dan juga saluran mana yang anda pilih untuk menyelesaikannya. Sama ada melalui Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya, atau Mahkamah. Untuk urusan melalui saluran Mahkamah, kos secara amnya termasuk kos peguam. Secara umum kos adalah seperti berikut:-

Pusaka Kecil (PPK): RM50 – RM500
Amanah Raya: 1%-5% nilai harta
Mahkamah – Peguam Swasta: 1%-5% untuk pusaka besar

Tuan/puan boleh dapatkan konsultasi percuma dan anggaran kos dari kami. Tugasan hanya bermula setelah tuan/puan bersetuju dengan skop kerja dan tawaran kos.