JEMPUTAN KE BENGKEL PERBINCANGAN MEJA BULAT (RTD) DAPATAN PENYELIDIKAN UKM GUP-2023-024: PEMBINAAN RANGKA KERJA UNDANG-UNDANG KOMPREHENSIF DAN KAWAL SELIA APLIKASI TEKNOLOGI KEWANGAN ISLAM
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
YBrs. Tuan,
Dengan segala hormatnya, saya Prof. Dr. Ruzian Binti Markom dari Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mewakili pasukan penyelidikan ingin menjemput YBrs. Tuan untuk menghadiri Bengkel Perbincangan Meja Bulat Geran Penyelidikan UKM (GUP-2023-024) yang bertajuk ‘Pembinaan Rangka Kerja Komprehensif dan Kawal Selia Aplikasi Teknologi Kewangan Islam’.
Bengkel ini adalah merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan ini. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah rangka kerja undang-undang yang komprehensif, garis panduan yang jelas dan mekanisme kawal selia yang berkesan bagi aplikasi teknologi kewangan Islam di Malaysia, sejajar dengan keperluan industri dan undang-undang. Tujuan bengkel Perbincangan Meja Bulat (RTD) ini diadakan sebagai platform perbincangan bersama para pakar dan pengamal industri bagi membincangkan dapatan awal penyelidikan serta mendapatkan pandangan dan maklum balas berkenaan cadangan rangka kerja undang-undang dan kawal selia teknologi kewangan Islam di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, sukacita kami ingin menjemput YBrs. Tuan untuk menyertai Bengkel Perbincangan Meja Bulat (RTD) kami yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 13 Ogos 2026/Khamis
Tempat : Bilik Seminar 1, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa : 9.00am – 5.00pm
Kami amat berbesar hati sekiranya YBrs. Tuan dapat meluangkan masa untuk menyertai bengkel ini. Kepakaran dan pandangan YBrs. Tuan dalam bidang ini adalah amat dihargai dan sangat bermakna untuk memperkukuh instrumen penyelidikan ini.
Perhatian dan kerjasama YBrs. Tuan dalam perkara ini didahului dengan jutaan terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor 010-775 4727 (Adif).
Yang Benar,
Prof. Dr. Ruzian Markom
Ketua Penyelidik,
Fakulti Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +6012-2210034 | Faks: +603-8925 3217
Adif Fairullah Bin Jamaludin
Pembantu Penyelidik Siswazah,
Fakulti Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +6010-7754727