Hibah
Sila Login atau Daftar untuk teruskan
📱 Log Masuk / Daftar
Soalan Lazim
Hibah ialah pemberian harta secara sukarela oleh seseorang kepada penerima semasa pemberi masih hidup, tanpa balasan.
Dalam konteks perancangan harta Islam, hibah digunakan sebagai satu instrumen untuk mengagihkan harta dengan lebih terancang bagi mengelakkan pertikaian dan memudahkan proses pemilikan selepas berlaku kematian.
Hibah berkuat kuasa semasa hidup, bukan selepas kematian seperti wasiat.
Perbezaan utama antara hibah dan wasiat adalah dari segi masa dan kuasa pelaksanaan:
Hibah:
Berkuat kuasa semasa pemberi masih hidup.
Tidak tertakluk kepada had 1/3 harta.
Tidak memerlukan persetujuan waris
Tidak melalui proses faraid.
Wasiat:
Berkuat kuasa selepas kematian
Terhad kepada maksimum 1/3 harta (kepada bukan waris)
Perlu dipatuhi syarat-syarat tertentu
Baki harta tetap diagihkan mengikut faraid
Ringkasnya, hibah adalah perancangan semasa hidup, manakala wasiat adalah arahan selepas kematian.
Hibah mempunyai empat rukun utama:
Pemberi hibah (Al-Wahib) – Pemilik harta yang sah
Penerima hibah (Al-Mawhub Lahu) – Individu yang menerima harta
Harta yang dihibahkan (Al-Mawhub) – Harta yang sah dan wujud
Ijab dan Qabul – Lafaz penawaran dan penerimaan
Semua rukun ini mesti dipenuhi bagi memastikan hibah sah di sisi Syariah dan undang-undang.
Secara umum, hampir semua harta milik sah boleh dihibahkan, termasuk:
- Hartanah (rumah, tanah, bangunan)
- Akaun simpanan
- Wang tunai
- Saham atau pelaburan
- Polisi takaful (melalui penamaan hibah)
Namun, harta tersebut mestilah:
- Milik penuh pemberi hibah
- Bukan harta yang bercagar tanpa kebenaran pihak berkaitan
- Boleh dipindah milik dari sudut undang-undang
Antara kelebihan hibah ialah:
- ✅ Mengelakkan pertikaian waris
- ✅ Memastikan penerima tertentu mendapat harta tertentu
- ✅ Tidak perlu melalui proses faraid
- ✅ Proses pindah milik lebih cepat
- ✅ Memberi ketenangan kepada pemberi semasa hidup
Hibah amat sesuai bagi kes harta seperti rumah kediaman, harta bersama suami isteri, atau situasi keluarga yang kompleks.
Walaupun hibah memberi banyak kelebihan, terdapat beberapa risiko jika tidak dirancang dengan betul:
❗ Dokumen tidak lengkap atau tidak sah
❗ Hibah dicabar oleh waris
❗ Tidak jelas bentuk hibah (mutlak atau bersyarat)
❗ Harta masih mempunyai sekatan undang-undang
Sebab itu penting untuk mendapatkan nasihat dan dokumentasi yang betul agar hibah dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.
Hibah sesuai untuk:
Ibu bapa yang ingin menjamin kebajikan anak tertentu
Pasangan suami isteri yang ingin melindungi rumah kediaman
Individu yang mempunyai anak angkat (boleh juga di sediakan sebagai Wasiat 1/3)
Mereka yang mempunyai keluarga kompleks (poligami, anak berlainan ibu, dll.)
Individu yang mahu memastikan kelangsungan perniagaan keluarga
Secara umum, sesiapa yang memiliki harta dan ingin merancang pembahagian secara teratur digalakkan mempertimbangkan hibah.
Hibah tidak menidakkan faraid.
Faraid hanya terpakai kepada harta yang masih berbaki selepas kematian.
Harta yang telah dihibahkan secara sah semasa hidup bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka.
Namun, hibah perlu dilakukan secara adil dan berhikmah bagi mengelakkan konflik dalam kalangan waris.
Secara prinsipnya, harta yang masih mempunyai hutang seperti rumah berpinjaman masih boleh dihibahkan, tertakluk kepada:
Kebenaran atau syarat pihak bank/pembiaya
Struktur hibah yang sesuai (contohnya hibah bersyarat atau hibah amanah)
Pematuhan undang-undang semasa
Setiap kes perlu dinilai secara khusus bagi memastikan hibah tersebut sah dan boleh dilaksanakan tanpa menimbulkan masalah di kemudian hari.