📱 Log Masuk Ahli PKKAD

Jika anda bukan Ahli Kariah, sila klik pautan di bawah.

Laman Utama

Soalan Lazim

Firman Allah:

“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi tanda kematian, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik…”  — Surah Al-Baqarah 2:180

Allah ﷻ telah mewajibkan persediaan wasiat sebagai tanda tanggungjawab seseorang yang ada harta atau amanah/pusaka. 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak patut bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, bermalam dua malam melainkan wasiatnya telah tertulis di sisinya.” — Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim

Rasulullah ﷺ sendiri menekankan supaya seorang Muslim tidak menangguhkan wasiat. 

Maknanya, wasiat itu penting sebagai persediaan sebelum mati — bukan untuk melawan faraid, tetapi untuk memastikan urusan kita nanti jelas dan tidak menyusahkan waris.

Dengan erti kata lain, “Sediakan wasiat bukan sebab nak hampir mati, tapi sebab Rasulullah ﷺ ajar kita hidup dalam keadaan bersedia untuk mati dan bertanggungjawab.”

Wasiat 

  • Melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan hutang dan harta dapat diuruskan segera.
  • Membuat pemberian terhad ⅓ harta, kepada bukan waris, termasuk pemberian Infaq dan Waqaf. 
  • Melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU atau Pemegang amanah.

Rancang

  • Pesanan → pengurusan jenazah, hutang, harta, amanah, serta kebajikan dan penjagaan tanggungan.
  • Faraid → hak pembahagian waris menurut syarak 

Islam ajar kita bukan hanya mencari harta, tetapi juga mengurus harta dengan amanah sebelum mati.” 

  1. Memastikan hasrat anda dihormati
    Wasiat membolehkan anda menyatakan dengan jelas bagaimana sebahagian harta anda ingin diagihkan, khususnya kepada bukan waris seperti anak angkat atau badan kebajikan.
  2. Mengelakkan konflik dalam keluarga
    Tanpa perancangan, waris mungkin tidak jelas tentang niat anda, yang boleh menyebabkan perselisihan atau pertikaian selepas kematian.
  3. Melancarkan urusan pusaka
    Dengan wasiat, waris mempunyai panduan yang jelas untuk mengurus harta, hutang, dan tanggungjawab—menjadikan proses lebih cepat dan teratur.
  4. Menyelesaikan amanah dan tanggungjawab
    Anda boleh menggunakan wasiat untuk:
    • Menyatakan hutang yang perlu dibayar
    • Melantik wasi (pentadbir harta)
    • Menentukan penjagaan anak bawah umur
  5. Peluang beramal jariah
    Wasiat membolehkan anda memperuntukkan sehingga 1/3 harta untuk tujuan kebajikan atau sumbangan yang berterusan seperti berwaqaf, walaupun selepas meninggal dunia.
  6. Melengkapkan perancangan faraid
    Faraid mengurus pembahagian kepada waris, tetapi wasiat memberi ruang untuk anda merancang bahagian lain yang tidak diliputi faraid.

Pewarisan ialah platform digital patuh Syariah yang membantu anda merancang dan mengurus harta pusaka melalui wasiat, hibah, dan kalkulator pengiraan faraid secara mudah dan sistematik.

Wasiat: Agihan maksimum 1/3 kepada bukan waris selepas kematian
Hibah: Pemberian harta semasa hidup
Faraid: Pembahagian wajib kepada waris selepas kematian

Pewarisan membantu anda mengurus ketiga-tiganya dalam satu platform.

  • Lebih cepat dan mudah
  • Kos lebih rendah
  • Patuh Syariah
  • Boleh diakses secara online
  • Disokong dengan fasiliti seperti kalkulator faraid

Ya. Dokumen yang dihasilkan adalah sah selagi ia memenuhi keperluan undang-undang seperti tandatangan dan saksi. Pewarisan juga menyediakan panduan lengkap untuk memastikan dokumen anda sah digunakan.

Ya. Pewarisan menggunakan sistem keselamatan digital untuk melindungi maklumat peribadi dan harta anda.

  1. Pesanan kepada Waris
  2. Fail Pewarisan dengan maklumat lengkap:
    • Harta
    • Hutang
    • Penyenaraian waris, orang yang perlu dihubungi
    • Polisi takaful
    • dll
  3. Dokumen Wasiat

Ya. Anda boleh mengemaskini dokumen anda pada bila-bila masa tanpa kos tambahan dalam masa setahun sekiranya terdapat perubahan dalam harta atau situasi keluarga.

Penerangan dan tutorial

Panduan Wasiat & Harta Pusaka