Logo

Notis Akta Perlindungan Data Peribadi

Pengumpulan, Rakaman, Penyimpanan dan Pengekalan Maklumat Peribadi

Pewarisan.com (“kami”) sedang menjalankan satu usaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta tersebut, kami dikehendakki untuk menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.

Tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:-

(secara kolektif, “Tujuan-Tujuan tersebut”)

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada borang-borang di dalam talian semasa anda melayari laman web Pewarisan.com atau dikumpulkan daripada senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan / atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami .

Anda mungkin diperlukan untuk membekalkan kami dengan nama anda, nama syarikat, alamat, negara, nombor telefon, nombor faks dan alamat emel.

Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan tersebut di atas.

Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan atau dipindahkan kepada Pewarisan.com , samada pada masa sekarang atau pada masa hadapan , atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan dan juga tujuan-tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.

Untuk tujuan ini, kami komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami dan/atau pekerjanya atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskini.

Di samping itu, kami boleh meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.

Sebarang data peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan yang terpakai oleh kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.

Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi anda dan anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma yang terkandung di dalam ini.

Penyimpanan maklumat

Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda

Untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami

Untuk menyesuaikan laman web ini mengikut citarasa anda

Untuk membolehkan anda menyediakan produk dan perkhidmatan kepada Pewarisan.com

Untuk proses penilaian permohonan kerja anda

Untuk mentadbir penyertaan anda di dalam mana-mana pertandingan/program yang kami anjurkan

Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

Untuk menghantar mesej-mesej perayaan, promosi atau apa-apa tawaran istimewa

Untuk menghantar jemputan tertentu

Untuk lebih memahami keperluan anda sebagai pelanggan atau tetamu kami dalam majlis kami

 Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan

 Untuk tujuan analisis statistik data

 Untuk tujuan memprofil keutamaan anda

Bagi maksud mematuhi Akta Syarikat 1965

Untuk aktiviti kewangan dan pemasaran

Untuk tujuan tadbir urus korporat kami

Bagi maksud kemasukan dalam tugasan media dan / atau mana-mana majlis yang berkaitan

Bagi maksud menyediakan jemputan tetamu, pendaftaran dan / atau mendaftar untuk acara-acara kami

Bagi maksud penerbitan bercetak dan penerbitan dalam talian kami

Anda boleh, pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami, mengemukakan permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dengan mengemukakan permohon tersebut kepada kami di alamat seperti di bawah jika:

   Pegawai Perlindungan Data Peribadi
   Pewarisan Sdn Bhd
   22-2 Jalan Prima Setapak 3, Taman Setapak
   53300 Kuala Lumpur

Logo


  1. Anda memerlukan akses kepada dan/atau ingin membuat pembetulan kepada data peribadi anda, tertakluk kepada pematuhan permintaan untuk akses atau pembetulan itu tidak ditolak di bawah peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang yang sedia ada;
  2. Anda ingin membuat pertanyaan mengenai data peribadi anda;
  3. Anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan tanggungjawab kami kepada anda.