KALKULATOR FARAID

Sila Login atau Daftar untuk teruskan

πŸ“± Log Masuk / Daftar

ILMU FARAID

Misi kami adalah untuk memudahkan umat Islam mengenal pasti penerima faraid mereka serta memahami implikasi dalam perancangan pewarisan. Kami percaya bahawa dengan penyebaran ilmu yang betul, lebih ramai masyarakat akan celik tentang kepentingan mengurus harta dengan teratur.

Ilmu faraid bukan sekadar pengiraan matematik, tetapi satu sistem keadilan yang menjaga hubungan kekeluargaan. Dengan memahami dan merancang lebih awal, kita dapat mengelakkan konflik serta memastikan orang tersayang tidak menderita selepas ketiadaan kita.

Pelajari ilmu faraid dan ajarkan kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu, ia adalah ilmu yang sering dilupakan, dan ia adalah ilmu yang pertama kali akan diambil daripada umatku.“: 
(Riwayat Ibn Majah)

Platform ini direka khas untuk membantu umat Islam di Malaysia memahami cara pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak dengan lebih mudah dan sistematik. Dengan hanya memasukkan nilai harta dan maklumat waris, anda boleh mendapatkan anggaran pembahagian faraid secara automatik tanpa perlu melakukan pengiraan yang rumit.

Alhamdulillah, platform ini telah digunakan lebih daripada 30,000 kali, membantu ramai individu dan keluarga mendapatkan gambaran awal tentang agihan harta dengan lebih jelas dan teratur. Setiap penggunaan membolehkan pengguna mengesan potensi isu dan membuat keputusan yang lebih bijak dalam perancangan harta pusaka.

Soalan Lazim

Faraid ialah hukum pembahagian harta pusaka menurut syarak yang menetapkan bahagian tertentu bagi setiap waris mengikut hubungan keluarga dengan si mati.

Penerima harta faraid termasuk suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, dan kadang-kadang adik-beradik, bergantung kepada siapa yang masih hidup semasa pemilik harta meninggal dunia.

Tidak. Bahagian faraid telah ditetapkan oleh syarak dan tidak boleh diubah kecuali melalui hibah atau wasiat dalam had satu pertiga harta kepada bukan waris faraid.

Faraid mengikut bahagian yang ditetapkan syarak, manakala wasiat ialah arahan pemilik harta untuk memberi sehingga satu pertiga harta kepada bukan waris faraid.

Tidak. Anak angkat bukan waris faraid, tetapi pemilik harta boleh memberi mereka harta melalui hibah atau wasiat dalam had satu pertiga.

Faraid dikira berdasarkan jenis waris dan bilangan mereka. Sila gunakan Kalkulator Faraid kami.

Hibah ialah pemberian harta semasa hidup pemilik harta kepada sesiapa sahaja tanpa menunggu kematian. Ia berbeza dengan faraid yang hanya diagihkan selepas pemilik harta meninggal dunia mengikut bahagian yang ditetapkan syarak.

Asobah ialah waris yang berhak menerima baki harta pusaka setelah bahagian faraid tertentu diagihkan, biasanya terdiri daripada waris lelaki seperti anak lelaki atau bapa, mengikut prinsip β€œmendapat baki” setelah bahagian tertentu diberikan kepada waris lain.

Tidak digalakkan. Mengelakkan faraid boleh menyebabkan pertikaian dan tidak menepati hukum syarak.

Ya, pemilik harta boleh mewasiatkan sehingga satu pertiga daripada asetnya kepada bukan waris faraid, sama ada untuk keluarga, sahabat, atau organisasi, tetapi selebihnya mesti diagihkan mengikut faraid.