KhairatPlus
Soalan Lazim
KhairatPlus ialah pakej khairat kematian yang merangkumi Wasiat dan perlindungan takaful/insurans.
Ia membantu keluarga mendapatkan duit segera selepas kematian untuk menampung keperluan asas serta memulakan proses pengurusan pusaka.
KhairatPlus disediakan oleh Pewarisan untuk memastikan waris tidak terbeban apabila harta arwah dibekukan.
Semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun (pada ulang tahun hari jadi berikut) layak menyertai KhairatPlus, tanpa mengira agama dan kaum.
Untuk tahun Pertama, perlindungan tidak termasuk kepada kes Kesihatan yang telah di ketahui.
✔ Wasiat (Will) disediakan – memudahkan proses pusaka & mengurangkan pertikaian waris
✔ Cover takaful/insurans kematian – membekalkan dana segera kepada waris
✔ Bantuan awal untuk memulakan proses tuntutan pusaka
✔ Kos rendah & mampu milik
✔ Tidak perlu bayar besar di awal
✔ Melindungi keluarga daripada beban kewangan ketika harta dibekukan (biasanya dalam 1 bulan)
Proses pendaftaran
- Daftar melalui Laman ini.
- Isi maklumat peribadi ringkas
- Pilih pelan KhairatPlus (dari RM5k hingga RM50k)
- Lakukan pembayaran secara atas talian.
- Selepas pembayaran, anda boleh mula menyediakan Dokumen Pewarisan anda.
- Perlindungan Takaful akan bermula selepas tempuh menunggu (30 hari).
Keseluruhan proses boleh dilakukan sepenuhnya secara online.
Waris hanya perlu:
- Menghubungi Pewarisan melalui WhatsApp/Hotline
- Mengemukakan dokumen asas seperti Sijil Kematian, MyKad pemegang polisi dan maklumat pemohon/waris.
- Kami akan membantu menguruskan proses tuntutan sehingga selesai.
Kebiasaannya, proses tuntutan boleh diselesaikan dalam 1 bulan bekerja, bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diberikan oleh waris.
Tidak ada masalah.
KhairatPlus melindungi di seluruh Malaysia — waris tetap boleh membuat tuntutan seperti biasa tanpa mengira lokasi kematian.
Anda memang digalakkan untuk melanggan Khairat Kematian di masjid/surau anda. Ini adalah untuk pengurusan jenazah.
KhairatPlus berfungsi sebagai pelengkap, bukan pengganti —
ia memberi perlindungan lebih menyeluruh, termasuk Wasiat dan dana segera yang lebih besar untuk keluarga. Dengan mengabungkan kos pengurusan Jenazah dan penyediaan Wasiat, wang segera ini boleh membantu waris yang di tinggalkan. Ini juga boleh digunakan untuk kos awal pengurusan Harta Pusaka.