
Lyndung
Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan solusi digital sepenuhnya. Dilengkapi dengan eKYC, semakan perkongsian dan pemantauan dashboard yang boleh dilakukan secara atas talian dan aplikasi berasaskan web menjadikan Lyndung mudah dicapai oleh semua tanpa mengira lokasi.Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.Sebagai sebuah platform perkongsian komuniti yang menerapkan nilai kebaikan dan integriti sebagai salah satu nilai teras, kesemua ahli akan berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan yang ditimpa musibah kesihatan. Lyndung juga menggalakkan semua ahli untuk bertanggungjawab dan tidak menggunakan kelebihan program untuk menindas ahli komuniti lain.
Lyndung, dengan kerjasama Pewarisan Sdn Bhd, menawarkan solusi pewarisan lengkap untuk anda.

Kalkulator Faraid
Dapatkan senarai waris faraid anda dan pembahagiannya dengan mudah

KhairatPlus
Dapatkat Pakej yang menggabungkan Manfaat Khairat dan Dokumen Pewarisan

Rancang Pewarisan
Sediakan dokumen Pesanan pada Waris, Fail Pewarisan dan Surat Wasiat anda.
